Thursday, March 15, 2007

HERBA

TUMBUHAN HERBA


PENDAHULUAN

Semenjak dari dulu lagi tumbuh – tumbuhan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Beberapa ribu tahun dahulu, tumbuhan telah digunakan dengan meluasnya sebagai makanan dan juga ubatan.
Bapa perubatan iaitu Hippocrates yang telah menubuhkan Kuil Aesculapius, iaitu sebuah Kolej Perubatan juga telah mempelajari ilmu perubatan dengan menggunakan tumbuhan herba daripada orang – orang Mesir.
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan tumbuh – tumbuhan semulajadi untuk membuat ubat tradisional. Terdapat lebih 6000 spesis tumbuhan tropika di seluruh Malaysia.
Ubat tradisional sememangnya kaya dengan nutrien, serta kebolehannya untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Ianya telah digunakan semenjak dari dahulu lagi sehinggalah sekarang. Ianya kekal menjadi rawatan yang popular sehingga sekarang. Ubatan tradisional adalah satu sains atau latihan dalam perubatan dan penjagaan kesihatan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Ianya telah diturunkan secara lisan atau secara bertulis melalui amalan – amalan atau kepercayaan sesuatu komuniti.

BAGAIMANA TUMBUHAN HERBA DIJADIKAN SEBAGAI UBAT

Tidak syak lagi bahawa tumbuhan adalah merupakan rahmat Allah s.w.t yang tidak ternilai kepada manusia. Bukan sahaja sebagai bahan makanan sehari – hari, bahkan untuk kegunaan berbagai bidang kehidupan mereka. Termasuklah bidang perubatan, menyembuh dan membasmi berbagai jenis penyakit.
Sejak dari zaman purba manusia primitif yang hidup disesuatu bahagian mukabumi ini, mungkin sudah dapat mengenali segala jenis tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka. Mereka sudah dapat memastikan dan membezakan diantara tumbuhan yang boleh dimakan dengan tumbuhan yang mengandungi racun yang boleh memudaratkan.
Mereka juga memerhatikan dan mengambil tahu akan jenis tumbuhan yang lazim dimakan oleh binatang peliharaan seperti kucing. Terutama apabila melihat binatang itu tidak sihat. Maka mereka dapat pula pengetahuan mengenali jenis tumbuh – tumbuhan yang berkhasiat. Lalu disesuaikan dengan pengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan perubatan. Demikianlah manusia sejak zaman berzaman sudah mempunyai kesanggupan mengubat, menyembuhkan berbagai jenis penyakit dengan menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan.
Khasiat beberapa jenis tumbuh – tumbuhan tertentu yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat itu sahaja, rupa – rupanya telah membawa rahmat kepada umat manusia serta dunia, sama ada untuk menyembuhkan penyakit tertentu ataupun dalam sesuatu bidang perubatan. Misalnya, pokok chichona, yang berasal dari Peru itu, setelah diproses oleh pakar – pakar perubatan moden telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyembuhkan penyakit malaria. Daun – daun dari pokok koka, setelah diproses mengasilkan kokain, iaitu ubat pelali atau bius. Sementara opium yang diproses dari bunga popi, menjadi bahan ubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit dan tidak terkecuali dalam perubatan Melayu tradisional.
Menyentuh perkara tumbuhan sebagai bahan ubat – ubatan ini, maka kepulauan Melayu ini bolehlah disifatkan sebagai gedung ubat yang amat besar. Segenap hutan belukar, bukit bakau, lembah, paya, sawah, padang, kampung dusun, bahkan di kawasan kediaman sendiri terdapat tumbuhan yang berbagai jenisnya. Oleh yang demikian seperti juga peribumi di bahagian – bahagian lain di muka bumi ini, orang Melayu sudah mengetahui akan khasiat tumbuh – tumbuhan yang terdapat di sekitar mereka. Maka dari pengetahuan inilah terbitnya gelaran – gelaran dukun, bomoh, pawang dan sebagainya.
Kebiasaannya cara ubatan tradisional Melayu menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan herba dalam merawat sesuatu jenis penyakit. Dimana tumbuh – tumbuhan herba ini akan dicampurkan bersama – sama mengikut cara – cara yang tertentu. Sama ada dengan cara memasak kesemua tumbuhan tersebut ataupun dengan mengilingnya dan berbagai cara lagi. Diantara contoh – contohnya adalah seperti di sebelah :

PENYAKIT KEPIALU

Ambil biji sesawi, akar kawi, jerangau bonglai, temu putih, daun rembega dan daun kebas bendang. Giling sehingga lumat dan campurkan dengan air. Kemudian lumurkan pada seluruh badan ataupun boeh juga diminum.

Demam Panas

Ambil gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, adas manis,bunga pulasan, putik bebaru, bawang putih, bawang merah, mesui dan pinag muda. Kesemua bahan ini ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air, kemudian minum.

Muntah

Ambil buah pala dan bawang putih sebiji lalu dimakan dengan sakar.

Sakit Kepala

Ambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan tempelkan di kepala yang sakit itu.

Kayap

Ambil daun cucuran atap, daun kedondong dan daun lada pahit. Giling dan kemudian sapu.

Panau

Ambil cendana dan tuba tikus, asah dengan air limau nipis. Bubuhkan pada tempat panau itu.

Rahsia Tumbuhan Herba Bagi Wanita Melayu

Bagi kebanyakkan kaum wanita pula, mereka lebih gemarkan pengambilan jamu untuk menjaga kesihatan mereka. Bahan – bahan asli seperti tumbuh – tumbuhan, daun – daun, akar – akar kayu, buah – buahan dan bunga – bungaan mempunyai khasiat untuk merawat kesihatan dan kecantikkan tubuh badan.

Jamu ialah ubat tradisional yang telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Mereka telah mengamalkan penggunaan jamu ini untuk mengubati berbagai jenis penyakit dan tidak ketinggalan juga untuk menyihatkan dan menguatkan badan. Pemakanan dan penggunaan ubat tradisional yang asli ini masih diamalkan hingga ke hari ini. Walaupun perubatan moden begitu luas digunakan dan dikembangkan dengan begitu canggih sekali. Keberkesanan penggunaan jamu yang jarang memberi kesan sampingan telah terbukti melalui pengalaman para pengamalnya yang setia.

BAGAIMANA IA DIHASILKAN

Kebanyakan bahan – bahan boleh didapati dari kedai – kedai runcit yang mendapatkan bekalan daripada pembekal – pembekal yang mendapatnya daripada hutan rimba. Tetapi ada juga yang menanamnya dihalaman rumah seperti sirih, kunyit, daun beluntas, kemangi, serai dan lain – lain. Ada juga daun yang boleh dibuat ulam seperti betik, dimana khasiatnya ialah untuk mempercepatkan jahitan difarajwanita yang baru lepas bersalin, kering dan sembuh dengan sempurna. Daun betik ini direbus dan diminum airnya selama dua hingga tiga hari.
Bahan – bahan lain yang boleh didapati di dapur kita ialah asam, halia untuk memanaskan badan. Kunyit digunakan untuk menyembuhkan gatal – gatal dan luka – luka. Kencur atau cekur, pati beras, adas untuk menghilangkan sakit perut , memperbaiki perjalan haid yang teratur dan masalah susah tidur. Bawang merah untuk mengubati batuk dan masuk angin. Bunga cengkih boleh mengubati masuk angin dan juga perut memulas. Lempoyang untuk mengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan.
Sementara bahan yang boleh didapati dari halaman rumah ialah bayam duri untuk mengubati selsema, bisul, sesak nafas dan demam nifas. Buah belimbing untuk mengubati kencing manis, batuk,tekanan darah tinggi dan sakit kepala. Daun sirih, daun lidah buaya, daun orang aring, kemangi, serai dan daun beluntas boleh mengubati demam panas, darah kotor,nafas berbau. Limau nipis untuk mengatasi masalah kegemukkan.
Lazimnya jamu ini tidak mempunyai resipi yang tepat iaitu jumlah atau ukuran bahan - bahan untuk sesuatu ramuan tidak mengikut sistem metrik, melainkan mengikut cara ukur yang mudah seperti ukuran genggam, menggunakan jari – jari dan jemputan tangan. Dosnya juga bermacam – macam, misalnya satu gelas, setengah botol, satu cawan dan sebagainya. Dibawah ini disenaraikan beberapa contah jamu yang biasa diamalkan oleh wanita untuk kecantikkan serta penjagaan kesihatan. Dimana jamu – jamu ini boleh dibuat sendiri di rumah tanpa memerlukan modal yang besar.

Jamu Lempoyang

Khasiatnya adalah untuk membersihkan kulit muka. Ambil ½ ibu jari lempoyang, kikis kulitnya dan parut. Perah bahan tersebut dan minum airnya dengan ditambah sedikit gula atau madu.

Jamu Tomato

Khasiatnya ialah untuk mencantikkan kulit. Sebiji tomato merah yang besar diblenderkan dan dicampurkan dengan sedikit gula. Minum airnya setiap hari.

Jamu Beras Hancur

Khasiatnya ialah untuk menyegarkan wajah, melancarkar peredaran darah dan mengurangkan kepenatan. Ambil 1kg cekur, 1 genggam beras, 5 potong kayu manis, 10 kuntum bunga cengkih, gula Melaka dan 1 sudu asam jawa. Goreng beras tanpa minyak sehinga nampak kekuningan dan tumbuk halus. Tambah cekur, bunga cengkih, kayu manis dan tumbik lagi. Rebus gula merah dan asam dengan setengah periuk sedang air kemudian sejukkan. Apabila sejuk tambahkan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau dan tapis . Minum 1 cawan sehari.


POKOK MISAI KUCING

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.
Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.
Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.


Misai Kuching (Orthosiphon Stamineus) is a medicinal herb found mainly throughout South East Asia and tropical Australia. It is believed to have antiallergic, antihypertensive, antiinflammatory and diuretic properties. It is used as a remedy for arteriosclerosis (capillary and circulatory disorders), kidney stones, diabetes and nephritis.
It is trusted for many centuries for treating ailments of the kidney, bladder stone, urinary tract infection, liver and bladder problems, diabetes, rheumatism and gout. It is also used to reduce cholesterol and blood pressure.


Misai Kuching has a mild diuretic action, so it is very useful for flushing the kidneys and urinary tract. It also relieves spasms of the smooth muscle in the walls of the internal organs, making it valuable for gallbladder problems. Researchers have found it to be mildly antiseptic as well.
Misai Kuching (misai kucing) is also known as Kumis Kuching (kumis kucing) or Remujung. Other names for Misai Kuching are Orthosiphon Stamineus Benth, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Javatee, Kidney Tea, Koemis Koetjing and Yaa Nuat Maeo.
The plant is from the family of Lippenblütengewächse /Lamiaceae / Labiatae.

Akar saga

Abrus precatorius L. (Lenguminosae)
Akar saga ini boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan sakit kepala. Iaitu akar saga dicampurkan dengan daun-daun labu merah, daun kaki kuda dan merombong bukit untuk dibuatkan ubat tersebut. Ia juga boleh merawat batuk, bronkitis dan sakit kerongkong.air daripada akar yang telahdididih bolah disapu untuk penyakit perut, penyakit konjunkitivitis iaitu radang membran pada mata dan traukoma. Bijinya yang telah direbus boleh merawat penyakit malaria. Walaubagaimanapun, bijinya mengandungi glikoprotein yang sangat beracun. Akar saga juga diguna sebagai ubat pemuntah, untuk mengeluarkan kahak dan juga sebagai ubat pencuci perut.

Bawang putih

Allium sativum L. (Amaryllidaceae)
Bawang putih merupakan antiseptik, antibakteria dan antioksida. Ia boleh digunakan untuk melegakan sakit seperti sakit gigi, sakit kepala, gigitan serangga dan sebagainya. Bawang putih turut digunakan untuk merawat luka dan ulser. Untuk mengelakkan daripada penyakit strok dan trombosis iaitu pembekuan darah dalam jantung, bawang putih digunakan.

LIDAH BUAYA

ALOE VERA (L.) Burm.f.(Liliaceae)
Lidah buaya ini tumbuh di seluruh dunia untuk pelbagai kegunaan. Kebanyakannya diguna untuk kegunaan farmasi dan perubatan bahan kosmetik dan juga untuk kegunaan luaran lain. Ia adalah anti biotik, anti peptik, anti kulat, dan dapat mengeluarkan cacing dalam perut. Selain itu, lidah buaya juga boleh merawat luka-luka api, bengkak dan luka.
Lidah buaya juga digunakan untuk rawatan penyakit leukemia dan kanser paru-paru, penyakit ekzema iaitu sejenis penyakit kulit dan penyakit buasir. Ia juga digunakan sebagai kosmetik untuk mengurangkan kedutan dan juga masalah-masalah kulit yang lain.

Saladri

Apium graveolens L. (Umbelliferae)
Saladri boleh mengakibatkan keguguran anak. Akarnya boleh digunakan untuk melebihkan pengeluaran air kencing, dopsi iaitu penyakit yang disebabkan oleh pengumpulan air dalam badan dan penyakit perut. Selain itu, Saladri juga diguna untuk merawat penyakit asma, bronkitis, sakit dada, penyakit hati dan lampa. Buah saladri pula boleh digunakan untuk merawat masalah reumatik. Manakala air rebusan daripada pokok saladri ini pula dapat merawat penyakit tekanan darah rendah.

Belimbing buluh

Averrhoa Belimbi. L. (Oxalidaceae)
Belimbing buluh mengandungi asid amino, asid sitrik, ion potasium, gula dan vitamin C. Ia boleh merawat demem dan diguna sebagai ubat pelindung selepas bersalin. Daunnya yang telah direbus boleh merawat penyakit kencing manis, bengkak di leher dan jerawat. Bagi penyakit reumatik dan batuk, boleh meletakkan daun belimbing buluh di atas badan. Jus buahnya pula boleh merawat batuk kokol, skurvi dan tekanan darah rendah. Manakala, sirap daripada bunga belimbing buluh boleh merawat batuk kanak-kanak.

Belimbing besi

Averrhoa cambola L. (Oxalidaceae)
Belimbing besi juga mengandungi asid amino.Ia dapat mengurangkan sakit analgesik dan dapat merawat tekanan darah rendah. Daun dan buahnya dapat merawat radang dan demam. Buah belimbing besi dapat mengurangkan demam, sakit mencerut, disentri,sakit kepala. Penyakit buasir, skurvi dan penyakit-penyakit kulit yang lain.

Betik

Carica fistula L. (Leguminosae)
Betik mengandungi pektin, asid butanoikdan proteolistik enzim papain. Ia dapat merawat penyakit asma. Daun betik dapat mengeluarkan cacing dalam perut. Manakala air rebusan akarnya pula boleh digunakan untuk penghadaman dan sebagai tonik. Susu pokok betik pula dapat mengubati pelbagai jenis penyakit kulit. Manakala itu, biji betik pula digunakan untuk merawat penyakit buasir dan penyakit puru.

Kayu raja

Cassia fistula L. (Leguminosae)
Kayu raja mengandungi asid amino, asid lemak dan asid chrysophanik. Ia merupakan anti bakteria, anti kanser dan anti virus.Kayu raja dapat merawat penyakit kencing manis dan juga dapat mengurangkan demam. Buahnya pula dapat merawat penyakit tekanan darah rendah. Selain itu, kayu raja merupakan rawatan yang baik untuk penyakit gastrik, penyakit kusta dan penyakit kulat yang lain.

Kekwa

Chrysanthemum indicum L. (Compositae)
Kekwa boleh merawat tekanan darah rendah, penyakit histria, bronkitis, batuk kokol, demam dan bengkak. Selain itu, rebusan daun kekwa boleh merawat selsema dan sakit kepala. Air rebusan bunga dan seluruh pokoknya boleh merawat jangkitan kulat. Bunga kekwa juga boleh diguna sebagai ubat pelali dan juga sebagai tonik.

Tongkat Ali

Eurycoma longifolia Jack.(Simaroubaceae)
Tongkat Ali merupakan anti malaria, anti tumor, anti ulser dan anti piratik. Ia boleh merawat masalah penghadaman untuk mengeluarkan cacing dalam perut dan juga sebagai tonik selepas bersalin. Tongkat Ali dapat mengurangkan kesakitan dalam tulang dan juga untuk merawat penyakit kuning. Selain itu, akar Tongkat Ali dapat merawat demam dan cirit-birit. Air rebusan daun Tongkat ali diguna untuk menccuci luka dan gatal. Buahnya pula dapat mengubati cirit-birit.

Jarak

Jatropha podagrica Hook. F. (Euphorbiaceae)
Jarak merupakan anti bakteria, anti piretik, anti kulat dan anti mikrob. Ia dapat merawat diuretik, gonorea, penyakit kuning dan penyakit kulit. Jarak juga diguna sebagai pencuci mulut. Walaubagaimanapun terdapat unsur bioaktif dalam tumbuhan ini, yang mana tidak dapat merawat penyakit jantung. Tumbuhan ini tidak digunakan dalam ubat cina. Oleh kerana terdapat kehadiran pembekal tumor dan komponen toksik maka haruslah berhati-hati ketika menggunakann tumbuhan ini untuk kegunaan perubatan.

Saruni

Wedelia biflora (L.) DC. (Compositae)
Saruni merupakan anti kulat dan anti mikrob. Daun saruni boleh digunakan untuk diuretik. Manakala bunganyan pula boleh merawat penyakit kulit. Saruni boleh mengubati masalah sakit perut, luka, sakit kepala, demam dan sakit gigi. Ia juga diguna untuk membantu dalam proses bersalin dan selepas bersalin.

Kayu pahit

Quassia indica (Gaertn.) Noot. (Simaroubaceae)
Kayu pahit merupakan anti klorik dan anti hipertensif. Ia dapat mengubati penyakit kulit dan sakit perut. Daunnya pula boleh diguna sebagai shampu rambut. Ia juga dapat merawat demam. Akarnya pula boleh diguna sebagai tonik.Ia dapat diguna sebagai racun serangga dan anti serum.

Peria

Momordica charantia L. (Cucurbitaceae)
Peria merupakan anti mikrob, anti tumor dan anti virus. Ia dapat merawat penyakit kulit dan ubat pencuci perut yang kuat. Jus daunnya pula dapat mengeluarkan cacing dalam perut. Peria diguna untuk mengubati penyakit kencing manis dan untuk sakit perut dan cirit-birit. Daun peria pula dapat merawat penyakit kulit dan luka api. Buah peria dapat merawat luka.

Aikap dada

Oxalis corniculata L. (Oxalidaceae)
Aikap dada merupakan anti bakteria, anti piretik dan hipoglicamik. Ia dapat merawat gigitan serangga, penyakit kulit seperti gatal, radang dan sebagainya. Ia juga diguna untuk ulser mulut, penyakit gusidan sakit perut. Selain itu, daun aikap dada dapat merawat demam, skurvi dan disentri. Tanaman ini tidak kaya dengan unsur bioaktif dan juga tidak diguna dalam ubat cina. Kesan diuretik yang tinggi dalam tanaman ini menyebabkan ia diguna dalam pengubatan.

Turi hutan

Phyllanthes niruri L. (Euphorbiaceae)
Turi hutan mengandungi asid linolenik, protein dan vitamin C. Ia dapat merupakan anti tumor dan anti virus. Turi hutan ini dapat merawat diuretik, penyakit kuning dan juga dapat mengeluarkan pengumpulan air dalam badan. Selain itu, ia juga dapat merawat sakit perut. Daun turi hutan dapat mengubati ulser dan bengkak.

Hempedu bumi

Andrographis paniculata (Burm. F.) Nees (Acanthaceae)
Hempedu bumi merupakan anti bakteria, anti mikrob dan hipotensif. Ia dapat merawat penyakit kencing manis, disentri dan cirit-birit. Selain itu, ia juga diguna untuk merawat penyakit kulit. Hempedu bumi boleh mengubati luka patukan ular.Ia merupakan sejenis herba cina yang sangat terkenal.Ia dapat diguna untuk hipertensiondandapat merawat tekanan darah tinggi.

Pokok Emas Cotek



Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu.
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.
Nama Mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Sarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil ‘tabat barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ianya dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Walaupun sedemikian, nama Mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.
Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo fig adalah di antara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ianya tergolong dalam keluarga Moraceae.
Jadual isi kandungan[sorok]
1 Khasiat
2 Kajian
3 Penyediaan herba
4 Pautan luar
//

[Sunting] Khasiat
Tumbuhan herba ini mampu merawat dan mengekalkan tahap kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, mengecutkan rahim dan merawat paru–paru berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit – birit.

[Sunting] Kajian
Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) tumbuhan ini mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu:

Flavonoid

Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalan peredaran darah yang sihat
Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival

Tannis

Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melecur

Triterpenoids

Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu menyerap nutrient

Phenols

Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai antiseptik


Air Emas Cotek yang telah dibotolkan.
Hampir keseluruhan komponen pokok Mas Cotek daripada akar, batang, daun dan buah mengandungi khasiat perubatan yang tinggi. Jadi kesemua komponen bolehlah dikeringkan dan dijadikan / diamalkan dalam bentuk minuman teh herba








2 comments:

zanipoloobenauf said...

Review of Evolution Gaming | wooricasinos.info
Casino Evolution 코드 벳 Gaming (also 해외 배팅 업체 known as Evolution Gaming) is 뱃365 a leading provider of 예스 벳 games and services to the online gaming industry. 1xbet 우회 주소 As such, Evolution Gaming

abbiadagen said...

Casinos Near You - JeTHub
Casinos Near You - Visit the Best 울산광역 출장샵 Casinos Near You 아산 출장안마 in New Jersey. Find the 광주광역 출장안마 closest casinos, restaurants, & bars 보령 출장마사지 to 순천 출장샵 visit soon.